Sunday, November 21, 2010

Definasi Pasukan

Kumpulan ialah kelompok manusia atau orang yang berkumpul di satu-satu masa tetapi dengan matlamat yang berbeza atau memainkan peranan yang berbeza.
Pasukan pula ialah sekumpulan orang yang dikaitkan dengan suatu matlamat yang sepunya. Ia biasanya amat sesuai untuk menjalankan tugas yang sangat rumit serta memiliki banyak subtugas yang saling bersandaran. Oleh yang demikian, pasukan biasanya terdiri daripada anggota-anggota yang memiliki kemahiran yang saling melengkapi dan yang dapat menjanakan sinergi melalui usaha terselaras bagi membenarkan setiap ahli memaksimumkan kekuatan serta mengurangkan kelemahan masing-masing. Bagaimanapun, sekumpulan orang pada dirinya tidak semestinya merupakan sebuah pasukan. Pasukan biasanya menjalani suatu kitar hayat yang terdiri daripada peringkat-peringkat pembentukan, pemerahan otak, penormaan, pelaksanaan, dan pembubaran

Penggunaan erti kata pasukan adalah lebih sesuai dan terjurus kearah pembentukan sesuatu pasukan kerja dalam organisasi.

High Impact Team

Konsep kecemerlangan berorganisasi bukanlah merupakan satu konsep yang statik. Tetapi konsep ini sebenarnya melibatkan peningkatan berterusan setiap warga dalam organisasi tersebut dan penghayatan konsep pembelajaran sepanjang hayat secara lebih berkesan. Setiap organisasi serta individu-individu pendukung organisasi akan tercabar oleh perubahan dan perkembangan persekitaran yang semakin pelbagai dan semakin tidak menentu. Para pendukung organisasi harus bertingkah laku secara lebih berkesan dalam bentuk yang saling berkait dan saling melengkapi di antara satu dengan yang lain. Hanya organisasi yang menghayati kecekapan dan kemahiran yang diperlukan ini sahaja akan berupaya untuk menikmati kesejahteraan bersama secara berterusan.

Konsep berorganisasi secara lebih dinamik ini perlu dihayati oleh semua individu untuk mengangkat kecemerlangan individu dan kecemerlangan organisasi ke tahap yang lebih tinggi; tahap GEMILANG dan tahap TERBILANG.

Konsep High Impact Team ini berupaya menjadikan pendukung-pendukung organisasi untuk cemerlang beriltizam dengan faktor-faktor kritikal yang menjana dan menyuburkan organisasi seterusnya memantapkan kemahiran dan kecekapan yang diperlukan untuk mencipta kesejahteraan diri dan kecemerlangan baru organisasi.

Sunday, January 17, 2010

Niat / Matlamat/Kesungguhan

Di sebuah negeri ada seorang raja yang mempunyai seorang puteri yang sangat cantik untuk dikahwinkan dengan jejaka pilihan hati. Ramai yang masuk meminang tetapi semuanya tidak memenuhi kateria yang dikehendaki. Jadi raja telah membuat satu pertandingan untuk memilih bakal menantunya yang bakal mewarisi tahta kerajaan nya. Maka tibalah hari yang ditunggu berkumpullah rakyat jelata di tepi sungai yang mempunyai banyak buaya. Sesiapa yang berhasrat untuk mengahwini puteri raja tersebut mesti menyeberang sungai yang mempunyai banyak buaya yang kelaparan , dengan selamat. Setiap calon mesti mempunyai keberahian dan kekuatan untuk menghadapi cabaran ini. Masa berlalu tidak ada seorang pun yang tampil. Tiba-tiba kelihatan seorang anak ,muda terjun ke dalam sungai. Hal ini menarik perhatian semua orang. Pemuda ini terus berenang dengan pantas menyeberangi sungai itu. Semua rakyat bersorak dan raja juga terus turun dari tempat duduk khas baginda. Tahniah!tahniah wahai pemuda. Kamu memang berani. Kalau macam ini baru layak menjadi menantu beta! Pemuda tersebut dengan muka kepenatan dan kemaharan lalu berkata. “Tunku saya sebenarnya bukan nak kahwin dengan tuan puteri tetapi nak cari siapa orang pandai-pandai tolak saya ke dalam sungai. Kalau saya dapat orang tu mesti saya akan bunuh dia…

Wednesday, November 25, 2009

Waktu dinahari sudah mahu melabuhkan layarnya. Sang mentari juga nampak mahu berselindung. Cahaya merah meliputi langit dan waktu ketika ini hampir mencecah 6.30 petang. Joe baru saja pulang dari kerja terus merebah punggung di sofa bagi melepaskan penat setelah sehari suntuk bekerja.


"Assalamualaikum.....assalamualaikum......" terdengar suara orang memberi salam dari luar rumah, bunyi si pemberi salam terdengaran seperti bukan pelat melayu.
"Waalaikum...mussalam" sahut Joe setelah mengjenguk siapa yang datang ke rumahnya dan betul sangkaannya orang yang berapa dihadapan pagar rumahnya itu, seseorang yang berbangsa asing, mungkin dari Bangla atau Pakistan.
" Ya....ada apa?" tanya Joe, cuba untuk menduga kedatangannya walaupun boleh mengagak maksud kedatangan nya itu.
" Mau mesin rumput ka? abang?" tanyanya yang jelas berbasikal mengalas mesin rumput di bahunya"
" wah..sudah lewat la hari ni....sudah mau malam. mana ada orang potong rumput malam-malam" jawap Joe sebagai memberi alasan untuk menolak tawaran si pemotong rumput itu.
" Tolong la abang.....hari ini saya belum makan lagi....belum ada orang mau potong...abang" rayunya dengan muka yang penuh kasihan. Berkelip-kelip dan berkaca matanya mohon simpati.
"Okeylah kamu boleh potong......tapi kamu sudah makan belum?"
"Banyak-banyak terima kasih...ya Abang..."
" Mari makan dulu...." Joe mempelawanya minum petang bersajikan pisang goreng dan teh O .
"Takpa abang saya buat kerja ini dulu"
" Mari-mari...." desa Joe sambil membawa masuk ke ruang tamu
Setelah usai menjamu juadah minum petang. Si lelaki pakistan pun mula menghidup mesin rumputnya dan terus sahaja menghayun-hayun pada rumput yang sedikit panjang di sebelah tepi bahagian rumah.

Kira 20 minit selesailah kerja, Azan maghrib pun sudah mula berkumdang di surau yang tidak jauh dari rumah Joe. "Ini upah nya " kata Joe sambil menyerahkan not RM 50 kepada si pemesin rumput tadi. " " Terima Kasih...Terima Kasih , maaf bang saya tidak ada duit keci mau pulang" "Ambil saja lah lima puluh tu" berkaca mata sambil tidak mekelip memandang wajah Joe seolah-olah tidak percaya. Terus dia cium duit itu dan melutut di kaki Joe. "Terima kasih banyak-banyak abang, ini memang rezeki saya hari ini" sautnya dengan nada yang menahan sebak.

Setelah lelaki itu berlalu, Joe berkata kepada isterinya, "Entah berapa rakaat di sembahyang tahajut malam tadi, alangkah bahagia nya melihat orang menyukur nikmat walaupun hanya lima ringgit"

Monday, October 5, 2009

Bagaimana Untuk Mengenali Diri?

Selalunya dalam kurus-kursus motivasi slot Penganalisisan Kendiri, Analisis Diri, Kenal Diri menjadi topik pertama dalam modul-modul para penceramah. Tetapi setakat mana ia memberi kesan kepada para peserta selagi peserta tidak memahami konsep siapa dirinya yang sebenarnya . Oleh kerana itu disini saya akan mengulas serba sedikit tetang bagaimana untuk kita mendalami dan mengenal diri sendiri. Bak kata orang-orang tua, "orang lain tak akan kenal diri kita melainkan kita sendiri". Tetapi ramai diantara kita sebenarnyamasih tidak kenal siapa dia sebenarnya atau tidak mahu untuk mengenali dirinya. Apa maksudnya tu?.Apabila diaju soalan , "Siapa anda?" Semua orang boleh menjawabnya tetapi dari sudut padangan dan perpektif yang berbeza. Jika dia seorang pelajar, dia kan menjawab "saya seorang pelajar" dan jika dia seorang ketua maka di akan menjawab dia seorang ketua di sekian-sekian jabatan. Jadi persoalan "siapa anda" sebenarnya luas, untuk menjawabnya kita hendak tahu dari sudut mana soalan itu, ia akan menentukan jawapan kita.

Saudara sekalian, dunia yang luas terbentang dihadapan kita ini bukan terjadi dengan sendiri. Bukan juga secara semulajadi ia terbentuk tetapi sebenarnya ada pencipta yang agung yang mencipta segala ciptaan ini termasuklah kita manusia ini. Dan manusia yang lemah dan kerdil ini berdiri di atas muka bumi, di hadapannya terdapat pelbagai makhluk Allah yang lain yang jisimnya berganda besar darinya. Jadi saudara sekalian apabila diajukan soalan "siapakah anda?". Rasa-rasanya apakah jawapan yang sepatutnya keluar dari mulut anda?

Kita adalah ciptaan Allah yang paling terbaik. Dan Allah menciptakan kita manusia untuk manusia berjaya.
Kadang-kadang kita mudah untuk mencari kesalahan orang lain walhal kesalahan yang dilakukan oleh mereka sebenarnya kita turut sama melakukannya.

Salamku Yang Pertama

Alhamdulillah...hari bermula cita-citaku untuk menulis coretan-coretan dalam blog....impian untuk menulis telah lama tapi mungkin disebabkan kesibukan, dan tiada platform yang betul-betul sesuai untuk aku menulis atau mungkin juga disebabkan sikapku yang malas ini ...apa-apa pun azamku bermula saat ini, aku akan menulis sesuatu berdasarkan pengalaman sendiri atau orang lain yang didengar...mudah-mudah ia menjadi wardah untuk aku berdakwah atau berkongsi maklumat....