Sunday, November 21, 2010

Definasi Pasukan

Kumpulan ialah kelompok manusia atau orang yang berkumpul di satu-satu masa tetapi dengan matlamat yang berbeza atau memainkan peranan yang berbeza.
Pasukan pula ialah sekumpulan orang yang dikaitkan dengan suatu matlamat yang sepunya. Ia biasanya amat sesuai untuk menjalankan tugas yang sangat rumit serta memiliki banyak subtugas yang saling bersandaran. Oleh yang demikian, pasukan biasanya terdiri daripada anggota-anggota yang memiliki kemahiran yang saling melengkapi dan yang dapat menjanakan sinergi melalui usaha terselaras bagi membenarkan setiap ahli memaksimumkan kekuatan serta mengurangkan kelemahan masing-masing. Bagaimanapun, sekumpulan orang pada dirinya tidak semestinya merupakan sebuah pasukan. Pasukan biasanya menjalani suatu kitar hayat yang terdiri daripada peringkat-peringkat pembentukan, pemerahan otak, penormaan, pelaksanaan, dan pembubaran

Penggunaan erti kata pasukan adalah lebih sesuai dan terjurus kearah pembentukan sesuatu pasukan kerja dalam organisasi.

High Impact Team

Konsep kecemerlangan berorganisasi bukanlah merupakan satu konsep yang statik. Tetapi konsep ini sebenarnya melibatkan peningkatan berterusan setiap warga dalam organisasi tersebut dan penghayatan konsep pembelajaran sepanjang hayat secara lebih berkesan. Setiap organisasi serta individu-individu pendukung organisasi akan tercabar oleh perubahan dan perkembangan persekitaran yang semakin pelbagai dan semakin tidak menentu. Para pendukung organisasi harus bertingkah laku secara lebih berkesan dalam bentuk yang saling berkait dan saling melengkapi di antara satu dengan yang lain. Hanya organisasi yang menghayati kecekapan dan kemahiran yang diperlukan ini sahaja akan berupaya untuk menikmati kesejahteraan bersama secara berterusan.

Konsep berorganisasi secara lebih dinamik ini perlu dihayati oleh semua individu untuk mengangkat kecemerlangan individu dan kecemerlangan organisasi ke tahap yang lebih tinggi; tahap GEMILANG dan tahap TERBILANG.

Konsep High Impact Team ini berupaya menjadikan pendukung-pendukung organisasi untuk cemerlang beriltizam dengan faktor-faktor kritikal yang menjana dan menyuburkan organisasi seterusnya memantapkan kemahiran dan kecekapan yang diperlukan untuk mencipta kesejahteraan diri dan kecemerlangan baru organisasi.