Monday, October 5, 2009

Bagaimana Untuk Mengenali Diri?

Selalunya dalam kurus-kursus motivasi slot Penganalisisan Kendiri, Analisis Diri, Kenal Diri menjadi topik pertama dalam modul-modul para penceramah. Tetapi setakat mana ia memberi kesan kepada para peserta selagi peserta tidak memahami konsep siapa dirinya yang sebenarnya . Oleh kerana itu disini saya akan mengulas serba sedikit tetang bagaimana untuk kita mendalami dan mengenal diri sendiri. Bak kata orang-orang tua, "orang lain tak akan kenal diri kita melainkan kita sendiri". Tetapi ramai diantara kita sebenarnyamasih tidak kenal siapa dia sebenarnya atau tidak mahu untuk mengenali dirinya. Apa maksudnya tu?.Apabila diaju soalan , "Siapa anda?" Semua orang boleh menjawabnya tetapi dari sudut padangan dan perpektif yang berbeza. Jika dia seorang pelajar, dia kan menjawab "saya seorang pelajar" dan jika dia seorang ketua maka di akan menjawab dia seorang ketua di sekian-sekian jabatan. Jadi persoalan "siapa anda" sebenarnya luas, untuk menjawabnya kita hendak tahu dari sudut mana soalan itu, ia akan menentukan jawapan kita.

Saudara sekalian, dunia yang luas terbentang dihadapan kita ini bukan terjadi dengan sendiri. Bukan juga secara semulajadi ia terbentuk tetapi sebenarnya ada pencipta yang agung yang mencipta segala ciptaan ini termasuklah kita manusia ini. Dan manusia yang lemah dan kerdil ini berdiri di atas muka bumi, di hadapannya terdapat pelbagai makhluk Allah yang lain yang jisimnya berganda besar darinya. Jadi saudara sekalian apabila diajukan soalan "siapakah anda?". Rasa-rasanya apakah jawapan yang sepatutnya keluar dari mulut anda?

Kita adalah ciptaan Allah yang paling terbaik. Dan Allah menciptakan kita manusia untuk manusia berjaya.
Kadang-kadang kita mudah untuk mencari kesalahan orang lain walhal kesalahan yang dilakukan oleh mereka sebenarnya kita turut sama melakukannya.

No comments:

Post a Comment